Kelapa parut merupakan isi daripada buah
kelapa yang telah diparut, dikikis halus. Kelapa parut merupakan satu bahan penyediaan bagi menghasilkan santan kelapa.Bagi menghasilkan
santan kelapa, biasanya kelapa parut akan dicampur dengan
air dan diperah. Ini akan diulang beberapa kali sehingga, santan yang terhasil adalah cair.Kelapa yang telah diparut boleh disimpan beku di dalam peti sejuk. Apabila hendak digunakan, kelapa parut tersebut boleh dicampurkan dengan air panas dan diramas seperti biasa. Bagi menghasilkan
santan yang pekat, buah kelapa yang tua digunakan. Selain itu hanya sekali atau dua perahan dilakukan.Selain bagi menghasilkan santan, kelapa parut turut digunakan sebagai bahan kuih. Bagi penyedian kuih, buah kelapa yang serdahana muda digunakan atau di sebelah pantai timur dikenali sebagai nyiur kulit hidup. Ini merujuk kepada buah kelapa yang agak muda. Ini kerana kelapa parut yang terhasil rasanya lebih manis. Antara jenis kuih yang menggunakan kelapa parut adalah
apam,
ondeh-ondeh /
buah Melaka, dan
pulut cawan.Pada masa dahulu, kelapa diparut dengan tangan, tetapi pada masa kini, kelapa parut diparut dengan menggunakan mesin pemarut kelapa.Malah terdapat kelapa parut kering yang ditinkan untuk memudahkan penggunaannya dan tahan disimpan lama.